REFLEKSI
Nama : PARIDAH BT MAN
Kelas ; BMM
KUMPULAN 2
Tanggal 23 Jun 2012,
saya telah mendapat satu tugasan projek berkenaan dengan tajuk Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer . Melalui tugasan yang saya lakukan, pelbagai pengetahuan
baharu yang dapat saya perolehi.
Tugasan
ini telah meminta saya membina tapak pembelajaran yang mudah iaitu dalam erti
kata lain membina blog.
Syukur
Alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan sokongan minda daripada suami ,
anak-anak , kawan-kawan serta pensyarah , dapat juga saya siapkan tugasan ini.
Terasa terlalu berat untuk
menyiapkan tugasan ini disebabkan kekangan masa , tugasan di sekolah dan di
rumah tetapi memandang kawan-kawan yang bertungkus – lumus berusaha menyiapkan
tugasan ini mengikut tempoh yang telah ditetapkan.telah meniup semangat saya
untuk menyudahkan tugasan ini
Terima kasih yang tidak
terhingga kepada suami tercinta yang memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta
memahami masa dan mengambil-alih tugasan di rumah , kepada anak-anak yang
memahami tugasan umi , menjaga dan mengasuh adik kecil , kawan-kawan yang
sentiasa menelefon bertanyakan tentang tugasan dan memberi panduan melalui sms
atau e-mail , dan akhir sekali kepada pensyarah penasihat BMM3105 yang mana banyak membantu dan memberi tips
serta nota-nota bagi menyiapkan tugasan ini.
Akhir
kata, melalui tugasan ini, saya berasa bertuah kerana dapat menimba ilmu yang
saya pasti bahawa suatu hari nanti, ilmu ini akan berguna kepada saya sewaktu hari
kelak. Insyaallah . Terima kasih kepada
semua pihak yang secara langsung atau tidak langsung yang telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan