Ahad, 5 Ogos 2012
Garis Panduan Penggunaan Internet -
1. Berhati-hati ketika memberi sebarang maklumat peribadi melalui laman web, email, instant messenger, chat rooms, atau sebarang mesej melalui forum, terutamanya jika anda tidak mengenali si penerima atau pemilik laman web.
Anda mempunyai hak untuk bertanyakan tujuan maklumat tersebut diperolehi. Phishing email digunakan untuk mendapatkan maklumat peribadi dengan tujuan penyelewengan yang boleh membahayakan anda secara personal atau kewangan.
2. Gunakan anti-virus, anti-spyware dan perisian firewall pada komputer dan pelayan. Anda mesti scan sebarang attachment email, fail dan program pada CDROM, pemacu USB, cakera keras external dan sebarang maklumat yang dimuat turun dari mana-mana laman web atau rangkaian komputer. Adalah disarankan supaya disetkan ‘Auto Update’ untuk memastikan komputer sentiasa dikemaskini.
3. Gunakan kata laluan yang sukar diramal dengan menggabungkan karektor uppercase, lowercase, nombor dan symbol dengan sekurang-kurangnya 8 karektor. Pastikan juga kata laluan tidak mengandungi sebarang maklumat yang berkaitan dengan maklumat peribadi anda, sebagai contoh, nama anak anda, nama binatang peliharaan anda, dsb.
4. Aktifkan Automatic Update untuk sistem pengoperasian anda dan perisian aplikasi supaya ianya sentiasa mempunyai update yang terkini.
5. Jangan sekali-kali memberikan maklumat sulit (cth. maklumat kewangan) semasa menjawab mesej email. Gunakan kaedah enkripsi sekiranya perlu. Pastikan Transport Layer Security (TLS) atau Secure Socket Layer (SSL) digunakan semasa menjalankan sebarang transaksi secara atas talian.
6. Selalulah scan komputer anda untuk mengenalpasti sebarang adware atau spyware dengan menggunakan perisian seperti Ad-Ware atau Spybot. Berhati-hati semasa mengklik pada sebarang tetingkap yang dipaparkan pada skrin atau kotak dialog, ini boleh menyebabkan maklumat anda boleh dihantar kepada pihak yang ke-tiga. Sekiranya anda tersalah klik, perisian yang tidak diketahui akan diinstall tanpa pengetahuan anda.
7. Sentiasa mengetahui dan mengemaskini maklumat keselamatan pada pelayar web anda. Pelayar web seperti Internet Explorer 7.0 dan ke atas dan Mozilla Firefox didatangkan dengan kemudahan penapisan Phishing dan penyekat Pop-up.
8. Sentiasa memantau ekses ke internet, seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox. Kerapkali memeriksa setting pada history dan gunakan content advisor pada Internet Explorer. Firefox menyediakan pilihan sekatan blok seperti Pop-up, skrip, imej, dan lain-lain.
9. Jangan menjalankan program-program yang dimuat turun secara automatik.
10. Jangan menerima sebahagian atau keseluruhan cookies yang ditawarkan oleh laman web yang dilayari.
11. Sentiasa membaca privacy policy pada laman web semasa mengendalikan maklumat yang diberikan sebelum sebarang transaksi.
12. Sentiasa mengemaskini diri anda dengan maklumat terkini berkenaan penasihatan keselamatan dan ancaman siber.
SUMBER : http://ppkt.eng.usm.my/v4/index.php/keselamatan-ict/91-garis-panduan-penggunaan-internet
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan