Cara guna enjin carian
APAKAH kaedah carian maklumat yang cekap dalam Internet
terutama dalam menggunakan enjin carian ?
Heri, Alor Setar
Apabila kita berbincang berkenaan dengan carian yang
cekap dalam menggunakan enjin carian di Internet, ia merujuk kepada ketepatan
maklumat yang diperolehi dalam masa secepat yang mungkin.
Enjin carian Google dibina dengan kaedah cariannya yang
cekap dan pantas.
Di sini akan dibincangkan beberapa faktor insan atau
penggunaan carian yang betul bagi mendapatkan hasil carian yang lebih tepat
dengan masa yang pantas apabila menggunakan enjin carian di Internet.
Berikut adalah beberapa kaedah yang betul untuk mendapat
carian maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian di Internet
iaitu:-
1. Penggunaan kata
kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat.
Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan
paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan
paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan unik.
2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian.
Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan
menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang
digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara
logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian
3. Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi
mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata
kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan
dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan
maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu
carian.
4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan
enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil,
huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata.
5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda
seruan. Ini kerana kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan
yang digunakan dalam ayat untuk bahasa .
6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian.
Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih spesifik
dalam kotak carian dapat banyak membantu memaparkan keputusan yang tepat dalam
bentuk senaraian pada kotak carian tersebut. Inilah cara yang berkesan
menggunakan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Pemilihan item yang
bersesuaian pada kotak carian menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma
carian. Fungsi AutoComplete ini bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti
Google tetapi ada pada pelayar web atau brwoser seperti Internet Explorer,
Mozilla Firefox dan lain-lain.
7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris
yang mempunyai imbuhan perkataan seperti balls, tested, walking dan lain-lain.
Lebih baik menggunakan perkataan asas Namun begitu, sekiranya carian maklumat
memerlukan perkataan reading. Gunakan perkataan reading dalam carian maklumat
kita.
8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam
pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
Kadang kala ada alamat laman web yang sudah kita layari
untuk dapatkan maklumat.
Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini
boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini.
9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara
carian. Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang
dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut:-
nPenggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos,
Bing dan lain-lain.
nMembuat
pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
nMenggunakan pakar
carian maklumat yang boleh membantu.
nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau
pertanyaan.
nBertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan
taulan.
10. Perincikan carian maklumat yang dibuat. Terdapat
beberapa simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan
kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan
maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-
nTanda tambah ( +
) - Enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa digunakan
dalam ayat
nTanda aliran ( ~ ) - Dengan penambahan tanda ini didepan
sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan
maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut.
nTanda asterik ( *
) - Ia digunakan untuk mencari sesuatu perkataan bersama dengan terma lain yang
tidak diketahui seperti berikut, pendekar *.
nTanda atau ( OR ) atau ( | ) - Ia digunakan untuk
mencari salah satu perkataan-perkataan carian yang sesuai.
nJulat penomboran - Perincian sesuatu carian yang
bernombor boleh dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis
pengukuran bagi nombor tersebut.
nPenggunaan carian pintar atau Advanced Search yang
mempunyai banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian
seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan
mengklik butangnya yang terdapat di sekitar kotak carian.
nPenggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian
Google. Ia juga merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian
kepada carian yang lebih spesifik pada sesuatu perkara.
Segala apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu
kaedah carian atau alat carian adalah merupakan perkara penting. Ini berguna
untuk kita mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang
pantas.
Tugas kita adalah untuk memperhalusi aspek carian
maklumat agar berupaya mendapat maklumat yang tepat dalam masa yang pantas.
Hampir kesemua enjin carian adalah berasaskan kepada bahasa Inggeris.
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm