Isnin, 1 Oktober 2012

RINGKASAN PPP 2013-2025


LAPORAN AWAL PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

2013-2025

MATLAMAT DAN PENDEKATAN

 

LIMA CIRI ASPIRASI

          AKSES

          KUALITI

          EKUITI

          KECEKAPAN

          PERPADUAN

 

CIRI PERINGKAT MURID

          PENGETAHUAN

          KEMAHIRAN BERFIKIR

          KEMAHIRAN MEMIMPIN

          KEMAHIRAN DWIBAHASA

          ETIKA DAN KEROHANIAN

          IDENTITI NASIONAL

                                      

 

9 BIDANG KEUTAMAAN

1.      MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN

2.      MENINGKATKAN KUALITI KEPIMPINAN SEKOLAH

3.      MENINGKATKAN KUALITI SEKOLAH

4.      MEMANTAPKAN KUALITI KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

5.      MENINGKATKAN PENGUASAAN PELBAGAI BAHASA

6.      MENGUKUHKAN  PELIBATAN IBU BAPA SEKTOR SWASTA DAN MASYARAKAT SEBAGAI RAKAN KONGSI DALAM PENDIDIKAN

7.      MENINGKATKAN KESEDIAAN MURID UNTUK MEREBUT PELUANG DALAM PENDIDIKAN TINGGI DAN PASARAN KERJA

8.      MEMPERBAIKI KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN PENGURUSAN SUMBER

9.      MEMBINA KEMAMPUAN SERTA KEUPAYAAN SISTEM PENYAMPAIAN PENDIDIKAN

 

11  ANJAKAN DALAM PELAN PEMBANGUNAN
1.      MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA
2.      MEMASTIKAN SETIAP MURID PROFISIEN DALAM BAHASA MELAYSIA DAN BAHASA INGGERIS
3.      MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG MENGHAYATI NILAI
4.      MENINGKATKAN KUALITI GURU DAN DAN MENJADIKAN  PROFESION KEGURUAN SEBAGAI PILIHAN
5.      MEMASTIKAN PEMIMPIN BERPRESTASI TINGGI
6.      MENGUPAYA JPN,PPD DAN SEKOLAH MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN
7.      MEMANFAATKAN ICT MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN
8.      MENTRANSFORMASIKAN KEBOLEHAN DAN KEUPAYAAN PENYAMPAIAN KPM
9.      MEMPERLUASKAN JALINANKERJASAMA DAN IBU BAPA KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA
10.  MEMAKSIMUMKAN PULANGAN BAGI SETIAP RINGGIT YANG DIBELANJAKAN
11.  MENINGKATKAN KETULUSAN AKAUNTABILITI AWAM
 

Rujukan dari :Teks Ucapan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin

                        Timbalan Perdana Menteri.

                        Teks ucapan ini dihantar ke sekolah.

ENJIN CARIAN


serif;">ogleContoh perbincangan  :  Enjin carian 

Kaedah yang betul guna enjin carian di Internet  :-

1.    Guna kata kunci atau terma yang unik dan spesifik.

2.    Guna  tanda tolak (-)

3.    Penggunaan tanda pengikat kata (" ")

4.    Pengunaan huruf besar dan huruf kecil.

5.    Tidak menggunakan perkataan kebiasaan contoh untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. dan tanda seruan. Namun,enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian jika ia ada dalam pengikat kata (" ").

6.    Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian.

7.    Gunakan perkataan asas bagi berbahasa

8.    Penggunaan Browser History 

9.    Had masa carian dan guna kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut :-

Ø  Penggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.

Ø  Membuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik

Ø  Menggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.

Ø  Membuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.

Ø  Bertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.

10. Simbol-simbol yang boleh diguna pakai bagi menambahkan kespesifikan carian:  

Ø  Tanda tambah ( + )

Ø  Tanda aliran ( ~ )

Ø  Tanda asterik ( * )

Ø  Tanda atau ( OR ) atau ( | ) –

Ø  Julat penomboran

Ø  Penggunaan carian pintar atau Advanced Search

Ø  Penggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google.

     

 Sumber  :

 Utusan On Line, Arkib : 09/05/2011         



 

Ahad, 30 September 2012

PENJODOH BILANGAN


Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.

Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.

 

Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:

 

Penjodoh Bilangan
penggunaannya
Contohnya
angkatan
untuk sekumpulan manusia atau benda
kapal, tentera, pelukis, penulis
baris
untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris
orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi
batang
untuk menunjukkan benda-benda yang panjang
sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum
bentuk
untuk benda-benda kecil yang berkeluk
mata kail, subang, cincin
berkas
untuk benda-benda yang diikat bersama-sama
kunci, lidi, kayu
bidang
untuk benda-benda yang terbentang luas
tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar
biji
untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil
labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
Bilah
untuk benda-benda yang tajam
parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
buah
untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu
kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera
buku
untuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkah
sabun, roti, benang
butir
untuk benda-benda yang bulat atau kecil
telur, batu, manik, beras, peluru
carik/cebis
untuk benda-benda yang dikoyakkan
kertas, kain
cubit
untuk benda yang diambil sedikit dengan jari
garam, gula, kunyit
cucuk
untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi
sate
das
untuk bunyi letupan atau tembakan
meriam, pistol, senapang
deret
untuk benda-benda yang tersusun
bangunan, rumah, kedai, kereta
ekor
untuk semua jenis binatang
nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama
genggam
untuk benda-benda yang digenggam
pasir, beras, padi
gugus
untuk buah-buah ataupun benda
anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci
gulung
untuk benda-benda yang bergulung
filem, permaidani, tikar, dawai, kertas
helai
untuk benda-benda yang nipis dan lebar
daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput
ikat
untuk benda-benda yang diikat
kayu, lidi, tebu, sayur, papan
iris
untuk benda-benda yang dipotong kecil-kecil
bawang, timun, daging, buahbuahan
jambak
untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
bunga, kunci
kaki
untuk benda-benda yang bertangkai
payung, cendawan, bungs
kawan
untuk kumpulan haiwan
lembu, kambing, lebah, gajah, merpati
kelompok
untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan benda
burung, awan, pulau, bintang
kepal
untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan
nasi, pulut, tanah
keping
untuk benda-benda yang nipis atau pipih
roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah
kerat
untuk bahagian benda-benda yang dipotong
roti, tiang
Ketul
untuk benda-benda yang berketul dan padu
ais, daging, tulang, sabun, roti
Kotak
untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak
mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk
kuntum
untuk bungs
mawar, melati, anggerik
Laras
untuk senjata api
pistol, senapang, meriam
lembar
benda-benda yang lurus dan panjang
kertas, dawai, benang
longgok
untuk benda-benda yang berada dalam longgokan
durian, pakaian, tanah, cili
naskhah
untuk bahan bacaan yang berjilid
surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku
Orang
untuk manusia
guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen
Papan
untuk benda-benda yang berbentuk kepingan
coklat, petai, mercun
pasang
untuk benda dan manusia yang berpasangan
pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak
pangsa
untuk bahagian dalam buah
durian
pasukan
untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam
pemain kompang, polis, tentera pengakap
patah
untuk kata
perkataan, kata-kata
potong
untuk benda-benda yang sudah dipotong
kuih, daging, roti
pucuk
untuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api
jarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung
puntung
untuk sebahagian benda yang masih menyala
rokok, bara, kayu api
rangkap
untuk puisi
pantun, sajak, syair
rawan
untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat
jala, jaring, pukat
ruas
untuk benda yang beruas-ruas
tebu, buluh
rumpun
untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat
buluh, tebu, serai, pandan, padi
sikat/sisir
untuk buah pisang
pisang
tandan
untuk buah-buahan yang bertandan
pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
tangkai
untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai
rambutan, duku, kenanga, padi, daun
titik
untuk cecair yang menitis
air, darah, dakwat, embun
tongkol
untuk buah yang bertongkol
jagung
ulas
untuk isi buah-buahan yang berpangsa
durian, limau, nangka, cempedak
urat
untuk benda-benda yang halus dan panjang
rambut, benang, dawai,
utas
untuk benda-benda yang panjang
tali, dawai, rantai